Image Banner

MAJLIS IFTAR PERDANA BERSAMA PELAJAR TAHFIZ DAERAH JOHOR BAHRU

PINTA Johor akan menganjurkan Majlis Iftar Perdana Bersama Pelajar Tahfiz Daerah Johor Bahru bagi menghidupkan ramadhan al-mubarak dengan amalan-amalan sunnah nabi Muhammad S.A.W yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T serta dapat menjadikan satu usaha memperkenalkan PINTA Johor agar kewujudannya dirasai dan memberi manfaat khususnya dalam bidang Al-Quran. Selain itu, dengan adanya program ini dapat membentuk sahsiah diri pelajar yang berjiwa da?I dan peka dengan keadaan sekeliling melalui penyertaan aktiviti kemasyarakatan.

LAGI

BANTUAN & SUMBANGAN DARIPADA MTAJ LIL-BANAT

Subhanallah Walhamdulillah MasyaAllah.
MTAJ diberi kesempatan oleh Allah untuk menyantuni saudara yang kurang berkemampuan di Kampung Mawai Baru dan sekitar MTAJ Lil-Banat. Sebelum memulakan operasi di Kg Mawai, MTAJ ingin memulakan hubungan baik dengan masyarakat setempat. Semoga doa-doa masyarakat sekitar akan menambahkan kebaikan buat MTAJ Lil-Banat. InsyaAllah, di kesempatan yang lain, MTAJ akan terus memberi manfaat kepada warga Kampung Mawai khasnya.

LAGI

SISTEM PENGURUSAN TAHFIZ

Assalamualaikum...
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...
Kepada sahabat2 yang menguruskan Madrasah-madrasah tahfiz khususnya Ahli PINTA Johor...
Jika antum ada masalah :
Masih menggunakan borang bertulis...
Masalah dalam menguruskan borang pendaftaran pelajar baru...
Nak guna borang pendaftaran online, tapi tak tahu macam mana nak mula...
Masalah dalam menguruskan database pelajar secara manual...
Nak buat database pelajar secara online...
Kini PINTA Johor ingin memberi hadiah kepada antum...
Apa hadiahnya???
Antum dapat menguruskan borang pendaftaran secara online...
Database pelajar disimpan secara online...
Ibubapa isi borang, pihak pengurusan proses permohonan hanya dengan beberapa klik sahaja...
Sistem ini ingin diberikan kepada antum secara PERCUMA...
Apa??? PERCUMA???
Ye,
PERCUMA...
PERCUMA...
PERCUMA...
Sistem ini diuruskan oleh AWFATECH yang boleh access di mana-mana Dan sangat mudah...
Boleh menggunakan komputer mahupun telefon pintar antum...
Untuk dapatkan sistem ini, kami perlukan beberapa maklumat dari Ustaz/Ustazah:
Nama Sekolah:
Alamat Sekolah:
Nama Pengetua/Mudir:
No Telefon Pengetua/Mudir:
Email Pengetua/Mudir:
Email Sekolah:
Logo Sekolah : pdf/png/jpeg.
Hantar permohonan ke email : pintajohor@gmail.com
Terima kasih Ustaz/Ustazah atas kerjasama yg diberikan.
Tarikh tutup adalah sebelum 31 Disember 2020... Cepat, cepat, jangan lambat-lambat...
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ustaz Mohd Ihsan di talian 0137586840...
Tolong SHARE posting ini, biar semua madrasah dapat manfaatnya...

LAGI

MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN KAFA (MTHQK) PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

Alhamdulillah. Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT, sukacita diumumkan negeri Johor Darul Takzim telah menjadi Juara Keseluruhan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran KAFA (MTHQK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diadakan di Hotel Geno Shah Alam pada 02 hingga 04 Oktober 2020.
Keputusan rasmi yang melibatkan peserta dari negeri Johor:
1) Tilawah Al-Quran (Lelaki)
-Naib Johan
2) Tilawah Al-Quran (Perempuan)
- Johan
3) Hafazan (Perempuan)
-Tempat ketiga.

LAGI

MAJLIS HIMPUNAN INSTITUSI TAHFIZ DAN PONDOK NEGERI JOHOR

PINTA Johor mengucapkan selamat Datang kepada semua mudir dan ustaz yang dirahmati Allah sekalian ke : MAJLIS HIMPUNAN INSTITUSI TAHFIZ DAN PONDOK NEGERI JOHOR. PINTA Johor mendoakan agar perjalanan semua peserta ke himpunan esok selamat sampai dengan jayanya. Esok jangan lupa jumpa di meja pendaftaran, Kita Kemaskini maklumat Madrasah sebagai Ahli PINTA Johor. Terima kasih kerana menjadi Ahli PINTA Johor.

LAGI

Image News

Image Banner